Quantcast
Channel: Suara Keadilan Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 430

Muhyiddin give voiceless UMNO members ‘chance to be heard’

$
0
0

Muhyiddin is an unusual politician. Perhaps even his worst critics might grant him that.

It is not easy to sum up 2012 without a deep feeling of despair. If 2008 was the year in which some fundamental structural issues with our political system were exposed, 2013 seems to have not only deepened our  understanding  of those shortcomings, but also made us alive to the deepening fissures in the Malay Society.subsequent  callousness  and insensitivity shown by the political class, underlined the fact that  class discrimination is deeply embedded into the societal fabric.subsequent  callousness  and insensitivity shown by the political class, underlined the fact that class discrimination is deeply embedded into the societal fabric.f one were to try and tease out some patterns underlying the events of this year, they might broadly fall under two, somewhat related heads. For one, we are beginning to see the tentative first steps towards the formation of the idea of citizenry; the notion that as citizens there exists a reciprocal responsibility to not only respond to one’s immediate environment, but also play an active role in managing it. Over the last couple of years, the  interest in directly influencing modes of governance has grown; democracy as a practice is increasingly detaching itself from the narrow idea of elections. The political class has not understood this change; one has only to  look  at  the fact that in the recent protests in Kuala Lumpur, virtually no elected representatives, not even local politicians, were involved. When a movement that holds the nation’s attention with such intensity fails to stir  the  representatives of people even a little bit, the schism between citizenry and the polity can be deemed to be enduring.

Najib ’s big battle seems to be with his party that he allegedly leads. Najib is interested in his name not UMNO, his visage, the unquestioned nature of his authority but is deeply uncomfortable with his ideas which are indulged so that they don’t have to be implemented. His critique cuts too deep for it to be actionable, particularly his secound wife. Fortunately for UMNO,own suspicion about power has rendered him incapable of pushing through his ideas with any force. He keeps plugging away in his little laboratories, emerging occasionally to make some pronouncement before diving back away from the real world. It is Najii’s belief that power is contaminating that makes his endeavours and ideas a non-starter. Without exercising power, change is unlikely to come about on its own. By labelling all power regardless of the manner of use as corrupting, he has effectively neutered the power of his own prescriptions.

In effecti Najib placed himself at an existential cul-de-sac. He is in a position to try and change things with his ideas, but only because of the power he derives as a dynastic leader –a thought that violates the core of the very ideas that he calls his own. The paradox is inescapable-according to his own framework, he has earned the rights he has illegitimately, and therefore everything that follows cannot be put into practice. He has convinced himself without genuine democratisation, all other questions are ‘smoke’ or ‘irrelevant’, and hence need not be engaged with. He rejects the idea of leadership itself in an attempt to efface the power that is his for the asking, at least till 2014. He thus stands perennially on the outside, looking in, disowning all that has led to his leadership, and shying away from any action that is enabled by the illegitimacy of his position. He is the disembodied voice in UMNO head, tentatively issuing abstract conceptual constructs while party tries to make its way forward in an increasingly hostile political landscape. The fatal flaw  is existence of Najib; and because he is only too aware of this, his leadership is almost by definition, a non-starter.

Kadir suggested that it was possible the Malays had seen how the prime minister appeared too willing to curry favour with the non-Malays, and felt worried that if the MCA, MIC or Gerakan won big, their power would be usurped.

“They would have read, seen and heard of how the prime minister unrelentingly went about improving Chinese and Tamil school education, gave additional allocations to these schools, and met with several radical Chinese and Indian groups like Dong Zong and Hindraf,” he said.

“But what frightened a majority of the Malays even more was the possibility of a PR victory and the emergence of the DAP as a dominant player in national politics.

“So, did Umno win bigger in the last general election because its president prioritised the Malays or because the Malays themselves felt they were no longer prioritised by the party leadership, and therefore they acted to ensure that Umno and the Malays are strengthened from bottom up,” Kadir asked.

If this were the case, Kadir said it would only be fair to allow the grassroots to decide on Najib’s fate when polls are called at the end of the year, instead of the party leadership arbitrarily deciding not to allow the party’s presidency to be challenged.

“Furthermore, Najib himself said after the May 13 Umno supreme council meeting that Umno practises democracy and its leaders are free to be challenged,” he pointed out

Setelah menang pilihanraya umum ke 13 walaupun tewas undi popular buat pertama kalinya dalam sejarah, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan wajah UMNO yang sebenar kepada umum.

(Kata Mahathir, orang Melayu sudah meluat dengan UMNO… tetapi hanya sebut selepas pilihan raya selesai)

Bagi Mahathir, ramai orang Melayu sudah merasa meluat dengan UMNO dan mengganggapnya tidak relevan dan perlu ditolak kerana parti itu tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair.

“UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri,” tulis Mahathir di blognya.

Mahathir berkata pemimpin UMNO kini melariskan budaya memilih orang kurang berkobolehan untuk menyertai parti supaya kedudukan mereka tidak diancam sampai bila-bila.

 

5 JUN — Akhbar arus perdana The Star milik parti MCA hari ini melaporkan yang Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan telah membuat ketetapan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Umno tidak ditandingi.

Alasannya adalah Umno memerlukan perpaduan untuk menyiapkan diri bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14. Pastinya semua ahli dan penyokong Umno setuju dengan keperluan Umno membuat persediaan seawal mungkin bagi menghadapi PRU ke-14, tetapi apakah mereka juga bersetuju dua jawatan teratas itu tidak dicabar?

Juga menjadi tanda tanya adakah Umno Negeri Sembilan membuat keputusan itu secara bersendirian atau setelah berunding dan mendapat maklum balas akar umbi?

Pada pandangan saya yang tidak sepertinya, para pembesar Umno wajiblah lebih peka dan menghormati suara akar umbi setelah akar umbi menyelamatkan mereka daripada kekalahan pada PRU 5 Mei lalu.

Ini membuatkan saya berfikir apakah para pembesar Umno benar-benar faham dan peduli kepada denyut jantung orang Melayu biasa yang menyokong parti itu?

Umno dan Melayu bukan inti pati PRU13

Kalau diperhatikan secara terperinci, denyut jantung orang Melayu dan lambang Umno bukanlah inti pati PRU lalu.

Yang menjadi inti patinya adalah 1 Malaysia, batang tubuh Mohd Najib Abdul Razak dan “pemujaan” kepada masyarakat Cina dan India.

Malah rata-rata pemerhati dan pengulas politik berpendapat Mohd Najib mengadakan pilihan raya presiden ala Amerika di mana diri beliau ditonjolkan sebagai pilihan seperti terserlah dengan cogan kata “Sokong Saya Undi BN” dan menonjolkan program-program beliau seperti Pelan Transformasi Ekonomi, Pelan Transformasi Kerajaan yang digula-gulakan oleh segala bentuk pemberian di bawah lambang 1 Malaysia.

BN teruk tiba-tiba Umnolah permata

Tetapi setelah pencapaian BN ternyata hambar akibat apa yang Mohd Najib labelkan sebagai tsunami Cina dan BN diselamatkan oleh Umno, seni kata dan irama tiba-tiba berubah.

Umno dinobatkan sebagai berjaya dan lebih kuat kerana memenangi 88 kerusi Dewan Rakyat berbanding 79 pada PRU 2008.

Soalnya, apakah pencapaian Umno yang lebih cemerlang itu adalah kerana para pembesar Umno mengutamakan Umno dan orang Melayu atau kerana orang Melayu sendiri takut kuasa mereka akan bertambah lemah kalau parti-parti Cina dalam BN menang besar?

Bagi ahli dan penyokong Umno yang memperoleh maklumat daripada media arus perdana, mereka tentulah mendapat gambaran yang BN, khasnya Mohd Najib, melakukan apa saja, termasuk memperluaskan pendidikan Cina dan Tamil, untuk mendapatkan undi Cina dan India.  Mereka tentu membaca, melihat dan mendengar bagaimana Perdana Menteri tidak putus-putus menguar-uarkan penaikan taraf pendidikan Cina dan Tamil, memberi peruntukan tambahan kepada sekolah Cina dan Tamil dan berjumpa berbagai-bagai badan radikal Cina dan India seperti Dong Zong dan elemen Hindraf.

Apa yang dilihat sebagai tolak ansur yang keterlaluan dengan orang bukan Melayu itu mungkin sedikit sebanyak menimbulkan kebimbangan orang Melayu bahawa kuasa mereka akan lebih tercabar sekiranya MCA, Gerakan dan MIC menang besar.

Tetapi yang paling menakutkan majoriti orang Melayu adalah kemungkinan kemenangan Pakatan Rakyat dan kemunculan DAP sebagai pemain dominan politik nasional.

Jadi, apakah Umno menang lebih besar pada PRU lalu kerana Presiden Umno mengutamakan orang Melayu atau kerana orang Melayu sendiri berasa kepentingan mereka tidak lagi diutamakan oleh para pembesar parti maka mereka bertindak memperkuatkan Umno dan orang Melayu dari bawah?

Tetapi harus juga diakui bahawa selain penyokong tradisional, Umno juga mendapat sokongan pengundi atas pagar serta penyokong PAS dan PKR. Banyak penyokong PAS memangkah calon-calon Umno kerana membantah kerjasama parti mereka dengan DAP dan PKR.

Kalau inilah keadaannya maka suara akar umbi adalah sangat penting dalam penentuan kepemimpinan Umno bermula dengan pemilihan pucuk pimpinan tahun ini.

Sangat tepatlah kalau ahli biasa Umno di cawangan-cawangan diberikan muka dan suara untuk menyatakan sama ada mereka mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden atau mana-mana juga jawatan dipertandingkan atau tidak.

Wajar sangatlah mereka diberikan hak menentukan sama ada mereka mahu Mohd Najib dicabar atau tidak kerana Umno tidak akan memperoleh 88 kerusi keramat itu kalau ahli dan penyokong Umno tidak membulatkan tekad memangkah BN pada 5 Mei lalu.

Mereka juga perlu diberikan ruang dan peluang menyelami hati sanubari mereka sendiri sama ada mereka mahu Mohd Najib yang lebih rendah pencapaiannya kekal sebagai Presiden (dan seterusnya sebagai Perdana Menteri) setelah mereka menunjukkan pintu keluar kepada (Tun) Abdullah Ahmad Badawi yang menang lebih besar pada 2008.

Lagipun, Mohd Najib sendiri berkata selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno 31 Mei lalu yang Umno mengamalkan demokrasi dan pemimpin bebas dicabar. Tindakan memperluaskan asas pengundian bagi memilih pucuk pimpinan bermula pemilihan kali ini wajiblah dikotakan dan disahihkan melalui tindakan.

Wallahualam. — kadirjasin.blogspot.com

“Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai Umno,” selar beliau.

Sekarang, Mahathir berkata UMNO sudah menjadi sebuah parti hanya untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian.

“UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi,” sindirnya lagi.

Akibatnya, kata Mahathir, mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMMO lagi.

“Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan,” katanya.

Mahathir juga menyindir bahawa pemimpin-pemimpin UMNO ini sering terlupa ajal boleh sampai bila-bila masa.

“Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti,” katanya.

Akhirnya, Mahathir berkata UMNO hanya tinggal golongan yang tidak berbakat sehingga semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU.

“Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan,” sindirnya lagi.

“Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan,” tambahnya lagi.

PERINGATAN: Komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini adalah milik peribadi akaun laman sosial ini. Segala risiko akibat komentar yang disiarkan TIDAK menjadi tanggungjawab Harakahdaily. Komentar yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Para komentar dinasihatkan bertanggungjawab dalam menulis dan elakkan komentar melampau dan berbaur perkauman.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 430

Trending Articles